Monday 29 July 2013

Ayuh!

30 Julai 2013

Penat otak fikir soal sama,
Entah yang aku fikirakan tu pernah fikir kan tentang soal yang sama pun aku tak tahu,
Jadi ayuh, biar otak bekerja macam biasa,
Tak payah nak push sangat,
Takut kejap lagi jadi mind blown,
Sampai nanti tak boleh berfikir dan terus......
Mati......
Mati akal.

Malam ini.

30 Julai 2013

Kalau difikir balik memang aku macam dah tiada masa untuk fikir luka parah apa semua segala sebab aku sendiri rasa kita kena terus kedepan buat hati kering eh bukan terlalu kering tapi biar kan sedikit basah sebab kalau kering sangat takut kau yang sakit dan bila aku timbulkan isu 'hati kering' ni pasti kau akan timbul pulak soalan di otak - 'Dah kenapa sampai decide nak macam tu? Apa salah saya' - ye mungkin lah kau akan terus timbulkan kenyataan tu tapi aku tak ada jawapan dan yang pasti aku bukan lah 100% kering tapi aku selesa macam ni kerana aku tak nak push aku tak nak berharap sebab at the end nanti aku jugak yang berdarah koyak tak terjahit.

Sunday 28 July 2013

Sudah 11 bulan.

29 Julai 2013

Sayang.
Terima kasih untuk 11 bulan ini,
Setakat ni, kau yang paling lama bertahan,
Dan sayang,
Maaf kan jasad ini,
Kalau kadang itu perangainya bangsat tak tertahan,
Selamat ulang tahun untuk hubangan kita yang ke 11-bulan
sayang :)

Thursday 25 July 2013

Aku selesa begini

5:25 pagi , 26 Julai 2013, Jumaat

Dalam bilik rumah sewa, Cheras

Mana nak aku mula?
Ok begini ceritanya...
Sejak dua menjak ni, aku tertanya tanya,
Kenapa aku jadi begini terhadapnya?
Bukan!
Mana ada aku berubah ah!
Kau silap ah!
Aku tak berubah, tapi sebenarnya...
Aku selesa begini lah,
Kalian kena faham, keadaan sekeliling buat aku jadi begini sebenarnya,
Tak ada kena mengena dengan dia, aku yang selesa begini.
Ya aku serius, kali ini aku selesa dengan keadaan ini,
Tiada koyak, tiada hancur, hanya bahagia :)