Tuesday 13 August 2013

Terus menulis...

Menulis,
tanpa henti,
menulis,
tanpa erti atau ada erti,
biar dia tak mengerti,
janji kita yang menulis ini fahami sampai bawa ke mimpi.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITIRI.

13 Ogos 2013

Hi.
Selamat hari raya kalian,
mungkin agak lambat tapi tak mengapa,
asal tulus dari hati ye kalian semua.
maaf kalau kiranya aku ada buat tahi dengan kalian,
maaf jika bahasa perlakuan dan jiwa aku tak selalunya "sedap mata memandang"
tapi tak mengapa,
sama sama kita ubah,
ubah kedepan, maju,
kurangkan sedikit perangai bangsat,
kalau tak bisa banyak, sedikit pun jadi,
itu saja,
sekian,
salam,
Bye.

     

Thursday 1 August 2013

Ogos.

1:16 pagi, cybercafe pandan indah.

Sudah lebih 1 ogos, maksud aku sudah 2,
Permulaannya agak baik,
Bersyukur sebab masih disini menunggu,
Menunggu masa aku untuk 'pergi' pula.

Monday 29 July 2013

Ayuh!

30 Julai 2013

Penat otak fikir soal sama,
Entah yang aku fikirakan tu pernah fikir kan tentang soal yang sama pun aku tak tahu,
Jadi ayuh, biar otak bekerja macam biasa,
Tak payah nak push sangat,
Takut kejap lagi jadi mind blown,
Sampai nanti tak boleh berfikir dan terus......
Mati......
Mati akal.

Malam ini.

30 Julai 2013

Kalau difikir balik memang aku macam dah tiada masa untuk fikir luka parah apa semua segala sebab aku sendiri rasa kita kena terus kedepan buat hati kering eh bukan terlalu kering tapi biar kan sedikit basah sebab kalau kering sangat takut kau yang sakit dan bila aku timbulkan isu 'hati kering' ni pasti kau akan timbul pulak soalan di otak - 'Dah kenapa sampai decide nak macam tu? Apa salah saya' - ye mungkin lah kau akan terus timbulkan kenyataan tu tapi aku tak ada jawapan dan yang pasti aku bukan lah 100% kering tapi aku selesa macam ni kerana aku tak nak push aku tak nak berharap sebab at the end nanti aku jugak yang berdarah koyak tak terjahit.

Sunday 28 July 2013

Sudah 11 bulan.

29 Julai 2013

Sayang.
Terima kasih untuk 11 bulan ini,
Setakat ni, kau yang paling lama bertahan,
Dan sayang,
Maaf kan jasad ini,
Kalau kadang itu perangainya bangsat tak tertahan,
Selamat ulang tahun untuk hubangan kita yang ke 11-bulan
sayang :)

Thursday 25 July 2013

Aku selesa begini

5:25 pagi , 26 Julai 2013, Jumaat

Dalam bilik rumah sewa, Cheras

Mana nak aku mula?
Ok begini ceritanya...
Sejak dua menjak ni, aku tertanya tanya,
Kenapa aku jadi begini terhadapnya?
Bukan!
Mana ada aku berubah ah!
Kau silap ah!
Aku tak berubah, tapi sebenarnya...
Aku selesa begini lah,
Kalian kena faham, keadaan sekeliling buat aku jadi begini sebenarnya,
Tak ada kena mengena dengan dia, aku yang selesa begini.
Ya aku serius, kali ini aku selesa dengan keadaan ini,
Tiada koyak, tiada hancur, hanya bahagia :)

Thursday 13 June 2013

Tabiat baru

Puisi.
Makin lama makin suka melayan,
tak kira lah puisi, cerpen atau novel sekalipun tetap aku layan,
Ini sebenarnya memang minat lama tapi baru diperbaharui,
Sekarang dah jadi tabiat, tweet aku di twitter nak puitis saja ayatnya,
semua nya baku dan penuh sastera,
tak mengapa, aku suka.

Sunday 2 June 2013

Hidup ni kadang memang palat dan kadang tak ada orang yang boleh faham kita sedangkan kita ni sedaya upaya hampir hancur hati nak faham orang sekeliling tapi apa yang kita dapat sakit yang kadang dah tak boleh nak kita bendung sebab kita mula rasa berserah pasrah dan biar.

Kadang

Kadang aku bukan apa,
aku penat sebenarnya,
Kadang orang tak nampak aku penat apa,
sebab aku malas nak tunjuk orang sebenarnya,
Orang hanya tahu menilai aku ini entah apa apa,
Tapi pernah kalian tahu apa yang aku hadap sebenarnya?
Dah lah, aku malas nak cerita apa apa.

Thursday 30 May 2013

Lama

Nak marah kau lama lama,
Tapi macam aku tak mampu,
Nak masam muka dengan kau lama lama,
Tapi memang itu bukan cara aku,
Jadi cukup sekejap saja kita bermasam,
Lepas itu kau, aku punya.

Hati

Hari ini,
Waktu ini,
Jam ini,
Minit ini,
Saat ini,
Sampai mati,
Kau tetap di hati.

Tidur

Makin aku cuba tidur awal,
makin lambat aku gerak,
aku bukan tak cuba nak kawal, 
tapi dah tabiat dari awal kak....

Tuesday 28 May 2013

9.

Sudah 9 bulan,
Tiada malu, tiada segan,
Tapi rasanya macam dah bertahun bukan bulan,
Kau aku, aku rasa memang serasi macam tiada tandingan,
Jadi, terima kasih sayang untuk apa yang kita lalui selama 9 bulan.

Thursday 4 April 2013

:)

Khamis, 4 April 2013, 8:44 malam.

Dalam bilik, seorang
Dari pukul 1 lebih tadi aku dalam bilik
Ada yang pelik hari ni, nak diteka tapi rasa memang dah boleh nampak
Aku tak jumpa kau
Hampir sehari, alaaaa biasalah tu, tak kan nak 24 jam melekat dengan kau, aku takut kau pulak yang rimas, jadi kita jalankan hari kita macam biasa dan kekalkan rasa cinta sayang rindu itu.




Sekian :)

Saturday 30 March 2013

Serabut

30 Mac 2013, Sabtu

Assignment belambak, rasa macam nak give up, tapi memang tak lah, sebab benda ni semua aku yang pilih jadi aku memang kena teruskan.

Sampai bila bila..


Well, like i said, he is gonna be my forever.

Wednesday 27 February 2013

Baik.

27 Feb 2013 , 10:14 malam

Di mekdi dagang bersama yang lain.
Makin lama makin sibuk.
Sibuk dengan urusan dunia yang pengakhirannya kita pun tak tahu.
Tapi sekarang aku nampak semuanya makin berubah.
Berubah ke arah yang lebih baik,
jadi Alhamdullilah :)

Monday 25 February 2013

Rasa.

25 Feb 2013 , 11:08 malam

Rasa pelik yang harus aku buang.
Aku rasa, rasa yang sebegini tak patut ada dalm jiwa aku yang tenteram ni.
Rasa macam serba salah.
Rasa yang sampai dia sendiri boleh nampak.
Maaf,
Aku kadang kadang tak boleh kawal celakanya perangai aku ni.
Aku ini berubah ubah.
Tapi kali ni aku berubah mendadak.
Entah macam mana aku boleh buat keputusan macam tu.
Tapi!
Aku fikir masak masak, ada baiknya kita berubah.



Tuesday 12 February 2013

macam macam

12 Feb 2013, 5:10 petang

Masih di KFC tunggu si dia datang, macam macam kerenah manusia aku peratikan.
Biar aku mula cerita...
Baru tadi, aku nampak seorang ayah memakai kopiah, berkain pelekat bersama 3 orang anaknya, seorang lelaki dan dua orang perempuan, segala galanya nampak sempurna, makan dan tata tertibnya, yang menarik perhatian aku, bila mereka makan, langsung tidak bercakap, sedang kan aku yang jahil ini, bila makan, puluhan juta berkataan yang keluar.

Situasi 2, satu keluarga nampak sempurna, tapi yang buat aku jadi pelik dan timbul sedikit fitnah, seorang yang berpewatakan perempuan, berambut pendek, bajunya sendat, tinggi, tapi sasa tubuhnya bagaikan lelaki, wallahuallam.

Kalau nak aku cerita kan, memang suka kalau hanya sekadar menaip, sebab aku lebih suka sembang depan, baru kalian tahu puakanya mulut aku bagaimana, sekian saja, titik.

Februari.

12 Feb 2013 , 5:05 petang

Jadi bagaimana nak aku mula coretan yang tajuk nya macam tiada kena mengena.
Aku sedang menunggu, yang ditunggu itu sayang aku.
Bulan dua ini mungkin akan jadi bulan istimewa bagi aku, yelah mana tak nya, hari ulang tahun kelahiran kan? Hmm hmmm haha
Tak, tak minta hadiah, cuma minta dihargai oleh makhluk sekeliling, cukup.
Harap bulan dua ini lebih baik dari bulan dua tahun lepas dan lepas.

Sekian.

Sunday 3 February 2013

Setia dengan '+'

3 Feb 2013, 11:31 malam

Lama jugak tak aku bukak blog ni, tak berhabuk cuma rasa pelik, pelik untuk mula balik coretan yang dah lama usang ni. Bahasa yang puitis, tapi orang yang menulisnya tak nampak ada gaya pemuitis langsung. Jadi, apa makna '+' itu? Banyak, tapi bagi aku hanya satu, positif.
Ye, memang simbol itu saja aku pegang selama ini, biar banyak calar, janji aku tetap setia dengan positif. Sebab aku pun tak tahu kenapa, dah aku cuba ubah tahap pemikiran ini ke negatif, tapi tak mampu, otak ni memang dah diset untuk terus dengan positif.

Tapi kadang kadang penat sebenarnya kalau asyik fikir positif saja, kadang kadang tu tak bagi kesan apa apa, sakit lagi ada lah, haha (tak lawak). Tapi biar, sebab semua yang sakit itu pasti ada hikmahnya, insyaAllah :)

Titik.

Sunday 20 January 2013

Makin lama makin mencabar.

21 Jan 2013, 12:55pagi

Apa yang aku maksudkan adalah dengan hidup.
Kehidupan yang makin lama makin susah bagi aku, makin banyak dugaan dan cabaran.
Aku makin lama makin jadi takut nak hadap semuanya.
Bukan takut apa, aku cuma takut tak dapat nak puaskan hati org sekeliling yang wujud dalam hidup aku.

Tapi,
Aku yakin, aku hadap jugak,
Sebab dia pernah cakap dekat aku, kalau takut nak hadap hidup, baik kita tak payah hidup.

Jadi, teruskan saja, selagi jantung ini mampu mengepam darah.

This.



Thank you for this beautiful song :)

Wednesday 16 January 2013

Sebab aku memang aku

17 Jan 2013, 1:50 pagi

Aku bukan macam perempuan lain yang tahu bagi nasihat dekat orang bila orang tu tengah betul betul perlukan nasihat dan dorongan.
Aku bukan macam perempuan lain yang tahu tenangkan orang yang tengah dalam kekusutan.
Aku bukan macam perempuan lain yang selalu ada untuk mereka yang memerlukan.
Dan sampai sekarang aku tengah cuba untuk jadi manusia yang lebih positif, ye yang aku tahu fikir positif saja, biar sakit pedih seksa letih semak semua janji aku mampu senyum, dan Alhamdullilah, tak pernah aku tak senyum even aku sakit.

Tapi,
Bila aku lemah, aku lemah betul.
Bila aku jatuh, aku jatuh terus tersungkur.
Bila aku cuba bangun, tapi sia sia, payah!

Bukan sajak, bukan puitis, tapi ini apa yang aku rasa.
Mungkin payah nak faham, tapi cubalah.
Sebab aku tak pernah berhenti mencuba.


Entah

17 Jan 2013,1:44 pagi

Aku tak tahu kenapa tapi entah, entah je mampu aku cakap. Ada yang agak tak kena malam ni, tapi aku tak dapat nak buat andaian apa benda yang tak kena tu.
Pelik, nak diluah dengan blog rasa serba salah, even blog ni tak semua org baca tapi aku still tak bagi tahu 100% apa yang aku rasa, apa yang aku pendam sebab biar aku dengan bayang bayang aku saja yang tahu.


Monday 14 January 2013

Istimewa.

15 Jan 2013, 12:25 pagi

Setiap apa yang dia buat semuanya comel.


Kami awesome dan kami okay.


Aku memang tengah cover habis ni, hahahahaha


I love you sayang :)
Terlalu bahagia bila aku dengan dia, banyak benda yang kami lalui bersama walaupun baru 4 bulan lebih kami bersama, tapi rasa macam dah 4 tahun okay.
Aku hormat dia, dia boleh tahan dengan aku, boleh layan kepala gila aku, boleh bersabar bila annoying, serius dia yang terbaik.
Bukan apa lah, bukan nak belagak, tapi aku rasa kalau perempuan lain dpt kenal dgn dia confirm dorang tak nak tggalkan dia, dia baik sgt, gentle cakap, perempuan bodoh je yang boleh tinggalkan lelaki baik mcm ni okay.

Aku cakap apa yang aku rasa nak cakap, sebab aku cakap semua dari otak pergi ke hati, dan dia, ye dia terbaik :)

Ilham utama yang utama.

Selamat kembali.

14 Jan 2013, 11:56 malam

Hi.
Selamat kembali ke alam kolej yang penuh dengan suka duka, cuti dah tamat jadi sila berhenti berangan.

Monday 7 January 2013

Tamatnya cuti.

7 Jan 2013, 11malam

Cuti 2bulan tamat begitu saja, esok aku dah berangkat pulang ke tempat asal (cheras), agak gramatis sikit ayat malam ni sebab sebak nak tinggalkan Damansara, hmm haha
Tadi pun last aku spent time dengan ummi tau, aku teman dia pergi bank, pergi one utama, hmm best jugak kalau jalan berdua je dengan ummi, dah macam BFF Forever hahahahaha :p

Baju semua dah kemas, hmm aku bawak 3bag, hmm baju aku bawak lebih sikit, sebab malas nak ambik2 lagi, haha. Esok Dyla ambik, maybe tengahari aku dah gerak meninggalkan Damansara, takpe, chill, bukan jauh pun, Cheras je gila -.- hahaha

Harap bila aku mula masuk belajar ni, ummi abah ashraf aidid boleh jaga diri, harap keluarga baik baik saja, insyaAllah :)

Friday 4 January 2013

Rindu

Macam dah lama sangat tak jumpa sayang, tapi memang lama pun, aku tak tahu lah, aku rindu sangat, tapi sekarang aku mcm dah boleh biasakan diri, jadi tak terasa sangat.
Tapi bila malam sampai, aku terbaring atas katil sorang2, rasa macam 'loner' gila doh, rindu dia macam menikam nikam, hamboi ! okay serius ahh, rindu sangat dekat semua orang terutamanya Ilham, hmm :(

I miss you, and only Allah know how much that i miss you sayang.