Monday 31 December 2012

Selamat datang 2013 :)

1 Jan 2013, 2:42 petang


Alhamdullilah, bernafas jugak aku, dapat jugak aku tempuh 2012 dengan selamat dan akhirnya aku masih berdiri untuk 2013.

Tak ada yang istimewa, hanya tahun sahaja yang berubah, tetap aku jalani hari hari aku seperti biasa.
Mulanya aku agak down, sebab ilam tak ada nak teman aku masa tahun baru, kami dah lah jauh, tapi takpe, akhirnya aku set kan 'positive thinking' semula dalam otak aku, dan akhirnya kami okay, dan aku boleh terima :)

Aku tak berharap apa apa sangat untuk tahun ni, aku sekadar berharap aku dipanjangkan umur, agar boleh aku buat parents aku bangga, dan aku boleh teruskan hidup aku dengan adanya Ilham sampai bila bila, tapi kalau ajal dah sampai, aku terima, sebab aku memang tak boleh tolak ajal.

Aku sayang ummi, Ilham, aku tak tahu, tapi itu yang terpenting bagi aku.

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya, insyaAllah :)

Berubah

31 Dis 2012, 4:03 petang

Mulanya sangat bahagia, setiap apa yang kita mulakan, mesti akan kekal sama, kekal bahagia, tapi lama lama, boleh nampak perubahan, tapi benda ni lumrah. Kita tak boleh nak yakin yang semuanya boleh kekal sama, tak boleh.

Jadi biarlah, teruskan saja, sebab aku bahagia:)

Thursday 27 December 2012

Khamis :)

27 Dis 2012, 10:51 malam

Khamis.

Terima kasih untuk hari khamis yang sangat bermakna sayang.
Kau buat aku rasa hidup kembali.
Setiap apa yang kau lakukan semuanya buat aku rasa gembira tak terkata.

Aku hanya minta kau kekal setia bersama aku, semuanya akan bahagia, insyaAllah :)

Nina sayang Ilham :)

Tuesday 25 December 2012

Sekian

25 Dis 2012, 10:44 malam

Aku mula tulis post yang ni tapi tajuk tak aku letak lagi, aku tak tahu, aku blur tapi tetap nak post sesuatu yang boleh jadi bahan bacaan orang dan diri aku sendiri, haaaa macam tulah.

Malam ni sejuk, sejuk sangat, dan aku pilih lagu 'Teman pengganti' untuk aku ulang banyak kali, entahlah, macam pelik rasa ni, nak kata sedih, memang tak ahh nak sedih, cuma terasa nak diam dan senyum saja malam  ni, haha.

Sekian.

Saturday 22 December 2012

Tak pernah lupa.

22 Dis 2012, 11:30malam

Bila kau call aku, aku tenang. Aku rindu sangat, tak tahu lah nak ckp mcm mana, tapi yang pasti tak pernah aku lupa tentang kau, sentiasa aku fikir, tak pernah berhenti, kalau boleh habiskan 1 hari tak buat apa apa kecuali fikir pasal kau pun aku sanggup.

Aku rindu kau sayang.

Thursday 20 December 2012

Tak semua.

20 Dis 2012, 9:02 malam

Jadi mana nak aku mulakan coretan kali ni, okay. Tak semua? maksud aku, tak semua rasa yang kita tengah rasa ni kita kena bagi tahu, aku jenis orang yang macam ni. Bukan bermaksud nak berahsia, tapi kalau apa yang kita rasa tu lagi buat orang yang dengar tu sakit nak buat apa kan? 

Memang lah bila kita bg tahu apa yg kita pendam, kita puas, okay even org yang dengar tu pun sakit, dan akan pulih tapi benda tu mungkin ambik masa, dan kita tak kan tahu bila yg sebetul betulnya org tu pulih hati dan jiwanya.

Kerana kita manusia, semuanya sama pandai berpura pura. 

Wednesday 19 December 2012

Sampai tua.

20 Dis 12:05 pagi.

Kasih
Kesatkanlah airmata
Ku dah tiba

Kasih
Percayalah
Aku kan ada
Sampai tua

Ini sumpahku padamu
Usah kau patah dan layu
Garing siang malam beku
Pasakku teguh untukmu

Mungkin taufan akan surut
Tetap datang petir ribut
Setiapnya aku sambut
Untukmu takkanku takut

Takkanku takut

Kasih
Biarkanlah apa saja takdir kita

Kasih
Pegangkanlah jariku lama
Sampai tua

Ini sumpahku padamu
Usah kau patah dan layu
Garing siang malam beku
Pasakku teguh untukmu

Mungkin taufan akan surut
Tetap datang petir ribut
Setiapnya aku sambut
Untukmu takkanku takut

Takkanku takut

Dan malam takkan berhenti menghirup nyawamu kasih
Dan siang akan berterus meratahmu sampai bersih
Aman saja
Aku ada
Dihirupmamah pun tetap kita berpimpinan berdua

Sampai tua
Aku ada
Sampai tua



Fynn jamal.

Kekasih dan teman istimewa pada 19/12.

19 Dis, 11:22 malam

Kisah seorang lelaki yang bernama, kekasih.

Perjalanan dia bermula dari 18 Dis,lepas maghrib. Dia naik KTM dari Seremban pergi Bandar Tasik Selatan, dan tidur rumah abangnya, bila dia sampai KL/BTS, dia berjalan kaki jauh semata mata untuk pergi rumah abang (kesian, awak penat, saya tahu:( )

Dan malam itu dia berehat, sambil Bbm teman istimewanya, yang pasti teman itu bergelar perempuan, perempuan yang istimewa. Sambil dia bermain internet, katanya unifi laju, seronok layan Youtube, dia kelakar, sebab tu si teman istimewanya suka, sayang, apatah lagi cinta :)

Masa berlalu, tak sedar hampir pukul 2 pagi, dia tertidur, teman istimewanya itu tahu, jadi dibiarkan saja kekasihnya hanyut dibuai mimpi, harapnya mimpi itu indah :)

Pagi 9:32, rabu, dan 19, kekasih itu mengejutkan teman istimewanya dengan satu panggilan telefon, manis, dia kejut temannya itu dengan jeritan manja gitu (Boleh aku cakap alaaaa comel? Ye memang pun, haha)

Temannya itu bangun, mandi dan bersiap, sedang si kekasih pandu kereta wira putih dari BTS nak ke Damansara (dia bawak laju, aku tahu tu) temannnya bersiap, si perempuan itu mengenakan baju long dress bewarna coklat dengan baju belang kelabu diluarnya, dan selendang merah, dengan harapan dia dapat jadi yang tercantik dimata kekasihnya :)

Jam 10 pagi macam tu, si kekasih sampai dekat Damansara (macam yg aku cakap tadi, dia bawak laju).
Ye memang laju, teman istimewanya itu jadi agak kelam kabut, tapi akhirnya dia siap, comel okay *dancesmiley*

Lepas tu, mereka pergi jalan jalan, tengok wayang, bowling, karaoke, dan tak lupa, Mcd drve-thru, haha, bahagia, tak terkata ;)

Dari pagi sampai 8malam mereka bersama, tak cukup, tak puas, baru beberapa saat si kekasih pergi lepas hantar temannya pulang, rindu datang, sayu.

Terima kasih kekasih, untuk senyum dan ketawa yang awak bagi dan yang pasti,19/12 ini akan selamanya jadi kenangan, kenangan yang tak dilupakan sampai akhir nyawa, insyaAllah :)

Kekasih.
Kekasih dan teman istimewanya, aku :)

*Kekasih : Ilham utama sawai bin Suardi
*Teman istimewa : Nur'Ainina binti Abdullah

                                                                                                                                                        Tamat.

Mula semula.

19 dis 13, 10 malam
Assalamualaikum pembuka blog.


Jadi, dekat mana kita nak mula? Okay macam ni, aku cuba masuk blog aku yang sebelum ni, yang Ninabakhang.blogspot.com tu tapi tak berjaya dan aku kecewa, jadi aku buat keputusan untuk buat blog baru, dan aku berjaya, kecewa itu telah aku tolak tepi, jadi ini lah permulaan blog baru aku, Dropmetilldeath.blogspot.com dan habis.