Sunday 20 January 2013

Makin lama makin mencabar.

21 Jan 2013, 12:55pagi

Apa yang aku maksudkan adalah dengan hidup.
Kehidupan yang makin lama makin susah bagi aku, makin banyak dugaan dan cabaran.
Aku makin lama makin jadi takut nak hadap semuanya.
Bukan takut apa, aku cuma takut tak dapat nak puaskan hati org sekeliling yang wujud dalam hidup aku.

Tapi,
Aku yakin, aku hadap jugak,
Sebab dia pernah cakap dekat aku, kalau takut nak hadap hidup, baik kita tak payah hidup.

Jadi, teruskan saja, selagi jantung ini mampu mengepam darah.

This.



Thank you for this beautiful song :)

Wednesday 16 January 2013

Sebab aku memang aku

17 Jan 2013, 1:50 pagi

Aku bukan macam perempuan lain yang tahu bagi nasihat dekat orang bila orang tu tengah betul betul perlukan nasihat dan dorongan.
Aku bukan macam perempuan lain yang tahu tenangkan orang yang tengah dalam kekusutan.
Aku bukan macam perempuan lain yang selalu ada untuk mereka yang memerlukan.
Dan sampai sekarang aku tengah cuba untuk jadi manusia yang lebih positif, ye yang aku tahu fikir positif saja, biar sakit pedih seksa letih semak semua janji aku mampu senyum, dan Alhamdullilah, tak pernah aku tak senyum even aku sakit.

Tapi,
Bila aku lemah, aku lemah betul.
Bila aku jatuh, aku jatuh terus tersungkur.
Bila aku cuba bangun, tapi sia sia, payah!

Bukan sajak, bukan puitis, tapi ini apa yang aku rasa.
Mungkin payah nak faham, tapi cubalah.
Sebab aku tak pernah berhenti mencuba.


Entah

17 Jan 2013,1:44 pagi

Aku tak tahu kenapa tapi entah, entah je mampu aku cakap. Ada yang agak tak kena malam ni, tapi aku tak dapat nak buat andaian apa benda yang tak kena tu.
Pelik, nak diluah dengan blog rasa serba salah, even blog ni tak semua org baca tapi aku still tak bagi tahu 100% apa yang aku rasa, apa yang aku pendam sebab biar aku dengan bayang bayang aku saja yang tahu.


Monday 14 January 2013

Istimewa.

15 Jan 2013, 12:25 pagi

Setiap apa yang dia buat semuanya comel.


Kami awesome dan kami okay.


Aku memang tengah cover habis ni, hahahahaha


I love you sayang :)
Terlalu bahagia bila aku dengan dia, banyak benda yang kami lalui bersama walaupun baru 4 bulan lebih kami bersama, tapi rasa macam dah 4 tahun okay.
Aku hormat dia, dia boleh tahan dengan aku, boleh layan kepala gila aku, boleh bersabar bila annoying, serius dia yang terbaik.
Bukan apa lah, bukan nak belagak, tapi aku rasa kalau perempuan lain dpt kenal dgn dia confirm dorang tak nak tggalkan dia, dia baik sgt, gentle cakap, perempuan bodoh je yang boleh tinggalkan lelaki baik mcm ni okay.

Aku cakap apa yang aku rasa nak cakap, sebab aku cakap semua dari otak pergi ke hati, dan dia, ye dia terbaik :)

Ilham utama yang utama.

Selamat kembali.

14 Jan 2013, 11:56 malam

Hi.
Selamat kembali ke alam kolej yang penuh dengan suka duka, cuti dah tamat jadi sila berhenti berangan.

Monday 7 January 2013

Tamatnya cuti.

7 Jan 2013, 11malam

Cuti 2bulan tamat begitu saja, esok aku dah berangkat pulang ke tempat asal (cheras), agak gramatis sikit ayat malam ni sebab sebak nak tinggalkan Damansara, hmm haha
Tadi pun last aku spent time dengan ummi tau, aku teman dia pergi bank, pergi one utama, hmm best jugak kalau jalan berdua je dengan ummi, dah macam BFF Forever hahahahaha :p

Baju semua dah kemas, hmm aku bawak 3bag, hmm baju aku bawak lebih sikit, sebab malas nak ambik2 lagi, haha. Esok Dyla ambik, maybe tengahari aku dah gerak meninggalkan Damansara, takpe, chill, bukan jauh pun, Cheras je gila -.- hahaha

Harap bila aku mula masuk belajar ni, ummi abah ashraf aidid boleh jaga diri, harap keluarga baik baik saja, insyaAllah :)

Friday 4 January 2013

Rindu

Macam dah lama sangat tak jumpa sayang, tapi memang lama pun, aku tak tahu lah, aku rindu sangat, tapi sekarang aku mcm dah boleh biasakan diri, jadi tak terasa sangat.
Tapi bila malam sampai, aku terbaring atas katil sorang2, rasa macam 'loner' gila doh, rindu dia macam menikam nikam, hamboi ! okay serius ahh, rindu sangat dekat semua orang terutamanya Ilham, hmm :(

I miss you, and only Allah know how much that i miss you sayang.